ialah suatu perhimpunan tunjuk perasaan yang dianjurkan pada 28 April 2012 di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Himpunan ini merupakan lanjutan kepada Perhimpunan Bersih 2007 dan Perhimpunan Bersih 2011. Ia dianjurkan NGO BERSIH dengan sokongan Pakatan Rakyat. Perhimpunan itu disertai 84 buah NGO dan diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.[6] Kaedah perhimpunan rakyat menerusi BERSIH 2012 ini pada mulanya dicadangkan oleh penganjur untuk diadakan secara aman yakni para peserta diminta ‘duduk bantah’ di lokasi perhimpunan iaitu di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang hingga 4 petang.

Selepas Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, kerajaan setuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) untuk mencadangkan perkara bagi menambahbaik pilihan raya. Pada 3 April 2012, laporan jawatankuasa itu dikemukakan ke parlimen dengan bantahan daripada wakil pembangkang.[7] Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga mempertikaikan mengapa laporan PSC tidak menyatakan ia mesti dilaksanakan sebelum pilihan raya.[8] Bersih 3.0 akan bekerjasama dengan pihak polis PDRM bagi memastikan perhimpunan aman berjalan lancar.

Pelbagai insiden terdahulu tidak sepatutnya berulang. Bersih 3.0 akan menyediakan pasukan peguam untuk membantu peserta yang ditahan polis. Bantuan perubatan dan pasukan keselamatan daripada ‘Unit Amal PAS’ akan bertugas sepanjang masa perhimpunan ‘Duduk Bantah’. Bersih 3.0 menghantar laporan setiap minggu kepada Majlis Hak Asasi di Geneva, Switzerland sehingga perhimpunan itu berlangsung.[8]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s